Saturday, 21 May 2011

RAHSIA ANGRY BIRDS


Semasa Angry Birds anda sudah dilepaskan atau ditembak menuju ke sasaran yang dikehendaki, sebenarnya anda perlu KLIK sekali lagi pada mouse atau screen handphone anda, kerana setiap karakter burung tersebut mempunyai kelebihan masing-masing.

Burung berwarna merah ini, jika anda klik sekali lagi akan mengeluarkan bunyi Caw,caw dan serangannya adalah padu berbanding biasa.


Bagi burung biru yang kecil ini, jika diKLIK sekali lagi akan membahagikan dirinya kepada tiga bahagian dan amat efektif untuk memusnahkan kepingan-kepingan kaca.


Burung kuning ini, akan bergerak dengan lebih pantas daripada biasa dan cukup kuat untuk memusnahkan kayu-kayu.

Burung hitam ini, jika diKLIK sekali lagi, akan meletupkan dirinya dan boleh menghasilkan gegaran yang kadang-kala mampu untuk menjatuh atau merobohkan binaan.


Burung ini, memang lemah kerana jika digunakan untuk melanggar struktur kayu mahupun blok batu, ia tidak akan mampu melakukannya. Jika anda KLIK sekali lagi, burung ini sebenarnya akan mengeluarkan telur yang berupa BOM.

Burung ini pada awal penerbangannya amat perlahan. Namun jika anda KLIK sekali lagi, maka burung ini boleh berpatah balik seperti boomerang dan bergerak dengan lebih pantas berbanding awal tadi.


Eh, ok ar, bye. Terima kasih kerana membaca

KLIK SINI UNTUK MAIN ANGRY BIRDS






TIPS ANGRY BIRDS

'Pernah tak anda rasa seperti tertekan dan marah apabila setiap kali anda cuba untuk menghapuskan kesemua kawanan khinzir yang ada disebalik batu itu? Jadi, kali ni Angry Birds akan berkongsi dengan anda cara atau trik yang boleh anda lakukan untuk berjaya dalam sesuatu level tersebut.
1. Sebelum menembakkan Angry Birds ke khinzir-khinzir yang bersembunyi di antara bongkahan-bongkahan, pertama sekali anda perlu memerhatikan dulu ruang-ruang atau kawasan yang boleh diserang oleh Angry Birds anda kerana setiap karakter Angry Birds tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. KLIK SINI. Perhatikan juga bahan yang digunakan seperti kayu, blok batu dan sebagainya yang digunakan oleh khinzir hijau tersebut untuk melindungi diri mereka. Serang pada bahan yang paling mudah ditembus oleh Angry Birds anda.

                               Red Angry Birds ini tidak sesuai untuk menyerang blok batu. Ia hanya sesuai untuk memusnahkan kayu sahaja.
Black Angry Birds ini memang sesuai untuk memusnahkan semua jenis halangan termasuk blok batu.

Perhatikan juga jika terdapat peti TNT ini, benda ini dapat membantu anda untuk memusnahkan khinzir dan juga halangan dengan senang. 


2. Jangan sesekali terburu-buru untuk menembak ke arah target. Pastikan anda telah menarik semaksimumnya lastik tersebut untuk membolehkan Angry Birds anda tersebut benar-benar menyerang dengan full power. Jika sudah yakin, apalagi tembak!
.

3.Ketiga, jika Angry Birds tersebut sudah berada di udara ketika catapult dilepaskan, klik mouse anda sekali lagi. Kali ini anda dapat memerhatikan bahawa Angry Birds yang berwarna merah akan menghantam sasaran dengan kekuatan penuh. Jika anda melakukannya dengan tepat pada sasaran, maka akan muncul suara melengking dari burung ini seperti caw,caw,caw. Jika kebetulan burung kecil berwarna biru yang ditembakkan, maka burung-burung tersebut akan bermultiplikasi menjadi 3 ekor sehingga sasaran musuh akan lebih banyak lagi yang terkena.

Setiap karakter Angry Birds mempunyai keupayaan masing-masing

4. Kalau anda gagal pada level-level tertentu, jangan putus asa, cuba lagi. Inilah rahsia disebalik game, iaitu melatih kita supaya bersabar. Ini bukan trik tapi nasihat. =D
Jadi, semoga anda semua dapat sesuatu daripada tips ini dan bersedia untuk memusnahkan kesemua kawanan khinzir hijau itu! Semoga berjaya.

Eh, ok ar, bye. Terima kasih kerana membaca~

MIGHTY EAGLE






Nama       :The destructor, The one, Earthquake Bird
Kekuatan: sangat kuat-gempa bumi
Ukuran    : sangat besar jika dibandingkan dengan burung yang lain. KLIK SINI


Dalam banyak-banyak jenis burung dalam Angry Birds. burung ini yang paling ditunggu tunggu. 
Untuk level yang belum selesai burung ini akan muncul tiap 60 minit. Burung ini jika dimainkan, tidak akan ada bintang atau skor.Gantinya level kehancuran yang ditimbulkan (skala 10100%). Pengganti tiga bintang untuk penggunaan mighty eagle adalah bulu burung dengan artitotal destruction untuk skala 1-100%. Walupun burung ini besar dan kuat, tetapi burung ini tidak ramah. Saat 7 burung tersebut dalam kesusahan, ketujuh-tujuh burung itu akan meminta bantuan mighty eagle.




Eh, ok ar.. terima kasih kerana membaca~ 

PENGENALAN 'ANGRY BIRDS'


Apa itu game Angry Birds?

Angry Birds


Angry Birds merupakan game yang bertemakan puzzle yang dikembangkan oleh Rovio Mobile. Diinspirasi daripada sketsa burung tanpa sayap. Angry Birds juga merupakan game pertama dikeluarkan untuk Apple pada Desember 2009 lalu. Sejak itu, lebih daripada 12 juta penghasilan permainan ini terjual dari aplikasi Apple yang mana telah disetujui perusahaan untuk dikembangkan ke versi yang baru untuk Hp touch screen serta Android.


Bagaimana hendak bermain permainan ini?

Dalam permainan ini, pemain akan menggunakan tembakan untuk meluncurkan burung ke sasaran  bagi menghapuskan kesemua jenis khinzir iaitu musuh kepada karakter Angry Birds itu tadi. Sebagai pemain, anda harus menghapuskan kesemua khinzir pada level-level tertentu untuk mendapat karakter buung yang baru. Setiap burung memiliki kekuatan masing-masing. Cuba  tengok post yang ini KLIK SINI.  Setiap burung tersebut memiliki kemampuan yang berbeza-beza yang dapat diaktifkan oleh pemain sendiri. Rovio mobile telah mengembangkan permainan Angry Birds ini dengan beberapa versi tambahan terbaru meliputi penamabahan kandungan permainan.

Dalam setiap tahap, si khinzir ini akan berlindung dengan membuat bangunan dari batu, kayu,dan sebagainya. Objek tersebut itulah yang digunakan oleh pemain untuk menghapuskan kawanan khinzir tersebut. Pemain akan menggunakan catapult di mana pemain akan meluncurkan burung dengan tujuan sasaran pada khinzir atau memusnhakan bangunan yang boleh menyebabkan si khinzir tertindas/terkena robohan bangunan tersebut. Dalam variasi tempat permainan, beberapa tambahan benda seperti blok batu, peti kayu, kaca dan juga terdapat peti yang mengandungi bom. 

Contoh ilustrasi dalam permainan Angry Birds

Ok, anda dah tahu cara untuk main permainan ini, jadi apalagi KLIK SINI untuk bermain permainan ini tanpa memuat turun. Semoga berjaya!

KARAKTER 'ANGRY BIRDS'

Karakter Angry Birds,

Kepada penggemar-penggemar permainan Angry Birds ini, mesti anda nak kenal watak Angry Birds ini dengan lebih terperinci kan? So, cuba lihat di bawah ini.


Nama      : Default Bird, Main Bird, Cardinal Bird,

Kekuatan: Normal

Ukuran    : Kecil

Pada level pertama , ada burung yang biasa digunakan iaitu  burung berwarna merah. Burung ini walaupun dianggap lemah tapi dia sering dianggap pemimpin dan maskot dalam game ini. Dalam permainan, burung ini hanya efektif pada kayu dan juga sedikit efektif kepada kaca mahupun blok batu.








Nama      :Triple Bird, Glass Jaw

Kekuatan: Sangat lemah- boleh membelah diri   
Ukuran    : Sangat kecil
Burung berwarna biru ini muncul pada tema1-10. Burung ini memiliki keunikan iaitu burung ini boleh membelah diri menjadi tiga. Burung jenis ini lebih efektif untuk memecahkan kaca jika dibandingkan denga burung merah meskipun saiznya lebih kecil.





Nama      :Speedy Bird, Maching Bird, Dasher Bird

Kekuatan:  Normal- bergerak pantas
Ukuran   : Sederhana


Burung kuning ini hadir pada tema 1. Burung ini berbentuk segitiga,  dan sering disebut juga bentuk burung paling aerodinamis.





Nama      :Kamikaze Bird, Suicide Bird, Bomb Bird

Kekuatan: Kuat- boleh meledak seperti bom

Ukuran    : Besar
Jika dibandingkan antara semua burung yang ada, inilah burung yang paling kuat menghancurkan struktur bangunan, bahkan boleh menghancurkan blok batu. Kekuatannya juga terletak pada dirinya yang boleh meledakkan diri dengan menghasilkan gegaran pada jarak yang dekat. 




Nama      :Egg beater, flying chicken, angry bomber

Kekuatan:sangat lemah-bom 

Ukuran    : besar
Berbeza dengan burung hitam, burung putih ini ternyata sangat lemah jika digunakan untuk menjatuh atau melanggar struktur kayu mahupun blok batu. Kekuatannya hampir sama dengan burung merah, tetapi kekuatan utamanya terletak pada bom yang berupa telur yang boleh dijatuhkan sebelum melanggar apa-apa halangan.






Nama      :Boomerang Bird, Para peak, back stabler
Kekuatan: Normal- boleh berputar balik
Ukuran    :Sederhana
Burung yang paling unik dalam cara terbangnya ialah burung hijau ini. Pada awal peluncurannya burung hijau ini akan meluncur dengan paruh tertutup secara perlahan, namun setelah anda klik pada kali kedua paruhnya akan terbuka maka terbangnya semakin cepat. Efektifnya pada kayu dan tidak terlalu berkesan pada blok batu.

Nama      :Big Brother Bird, Very Angry Bird

Kekuatan: Sangat kuat-normal

Ukuran    : Sangat besar
Burung merah yang berukuran besar ini merupakan saudara dari burung merah(lihat no 1). Burung ini memiliki keunggulan besar dari badannya. Kekuatan penghancurnya lebih besar dan kuat jika dibandingkan dengan burung hitam. Burung ini akan diperkenalkan pada tema 9-1. Selain itu, burung ini memiliki kelemahan jika melanggar pada blok yang bersebelahan.




Ok, itu sahaja untuk kali ini, terima kasih kerana membaca..

Friday, 20 May 2011

RUPA SEBENAR 'ANGRY BIRDS'

Caw, caw, caw..

Anda nak lihat rupa sebenar karakter Angry Birds?

Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah ini untuk mengetahui rupa asal karakter Angry Birds tersebut.

Wood Breaker - Red

Glass Jaw - Blue

Maching Bird - Yellow

Kamikaze Bird - Black

Egg Beater - White

Parabeak - Green

Comelkan? Beginilah rupa sebenarnya karakter Angry Birds yang nyata. Burung yang benar-benar wujud kemudian diubah suai menjadi satu karakter dalam game yang popular iaitu Angry Birds.

~Terima kasih kerana membaca~