Saturday, 21 May 2011

PENGENALAN 'ANGRY BIRDS'


Apa itu game Angry Birds?

Angry Birds


Angry Birds merupakan game yang bertemakan puzzle yang dikembangkan oleh Rovio Mobile. Diinspirasi daripada sketsa burung tanpa sayap. Angry Birds juga merupakan game pertama dikeluarkan untuk Apple pada Desember 2009 lalu. Sejak itu, lebih daripada 12 juta penghasilan permainan ini terjual dari aplikasi Apple yang mana telah disetujui perusahaan untuk dikembangkan ke versi yang baru untuk Hp touch screen serta Android.


Bagaimana hendak bermain permainan ini?

Dalam permainan ini, pemain akan menggunakan tembakan untuk meluncurkan burung ke sasaran  bagi menghapuskan kesemua jenis khinzir iaitu musuh kepada karakter Angry Birds itu tadi. Sebagai pemain, anda harus menghapuskan kesemua khinzir pada level-level tertentu untuk mendapat karakter buung yang baru. Setiap burung memiliki kekuatan masing-masing. Cuba  tengok post yang ini KLIK SINI.  Setiap burung tersebut memiliki kemampuan yang berbeza-beza yang dapat diaktifkan oleh pemain sendiri. Rovio mobile telah mengembangkan permainan Angry Birds ini dengan beberapa versi tambahan terbaru meliputi penamabahan kandungan permainan.

Dalam setiap tahap, si khinzir ini akan berlindung dengan membuat bangunan dari batu, kayu,dan sebagainya. Objek tersebut itulah yang digunakan oleh pemain untuk menghapuskan kawanan khinzir tersebut. Pemain akan menggunakan catapult di mana pemain akan meluncurkan burung dengan tujuan sasaran pada khinzir atau memusnhakan bangunan yang boleh menyebabkan si khinzir tertindas/terkena robohan bangunan tersebut. Dalam variasi tempat permainan, beberapa tambahan benda seperti blok batu, peti kayu, kaca dan juga terdapat peti yang mengandungi bom. 

Contoh ilustrasi dalam permainan Angry Birds

Ok, anda dah tahu cara untuk main permainan ini, jadi apalagi KLIK SINI untuk bermain permainan ini tanpa memuat turun. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment