Semasa Angry Birds anda sudah dilepaskan atau ditembak menuju ke sasaran yang dikehendaki, sebenarnya anda perlu KLIK sekali lagi pada mouse atau screen handphone anda, kerana setiap karakter burung tersebut mempunyai kelebihan masing-masing.
Burung berwarna merah ini, jika anda klik sekali lagi akan mengeluarkan bunyi Caw,caw dan serangannya adalah padu berbanding biasa.
Bagi burung biru yang kecil ini, jika diKLIK sekali lagi akan membahagikan dirinya kepada tiga bahagian dan amat efektif untuk memusnahkan kepingan-kepingan kaca.
Burung kuning ini, akan bergerak dengan lebih pantas daripada biasa dan cukup kuat untuk memusnahkan kayu-kayu.
Burung hitam ini, jika diKLIK sekali lagi, akan meletupkan dirinya dan boleh menghasilkan gegaran yang kadang-kala mampu untuk menjatuh atau merobohkan binaan.
Burung ini, memang lemah kerana jika digunakan untuk melanggar struktur kayu mahupun blok batu, ia tidak akan mampu melakukannya. Jika anda KLIK sekali lagi, burung ini sebenarnya akan mengeluarkan telur yang berupa BOM.
Burung ini pada awal penerbangannya amat perlahan. Namun jika anda KLIK sekali lagi, maka burung ini boleh berpatah balik seperti boomerang dan bergerak dengan lebih pantas berbanding awal tadi.
Eh, ok ar, bye. Terima kasih kerana membaca
KLIK SINI UNTUK MAIN ANGRY BIRDS
No comments:
Post a Comment