Saturday, 21 May 2011

TIPS ANGRY BIRDS

'Pernah tak anda rasa seperti tertekan dan marah apabila setiap kali anda cuba untuk menghapuskan kesemua kawanan khinzir yang ada disebalik batu itu? Jadi, kali ni Angry Birds akan berkongsi dengan anda cara atau trik yang boleh anda lakukan untuk berjaya dalam sesuatu level tersebut.
1. Sebelum menembakkan Angry Birds ke khinzir-khinzir yang bersembunyi di antara bongkahan-bongkahan, pertama sekali anda perlu memerhatikan dulu ruang-ruang atau kawasan yang boleh diserang oleh Angry Birds anda kerana setiap karakter Angry Birds tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. KLIK SINI. Perhatikan juga bahan yang digunakan seperti kayu, blok batu dan sebagainya yang digunakan oleh khinzir hijau tersebut untuk melindungi diri mereka. Serang pada bahan yang paling mudah ditembus oleh Angry Birds anda.

                               Red Angry Birds ini tidak sesuai untuk menyerang blok batu. Ia hanya sesuai untuk memusnahkan kayu sahaja.
Black Angry Birds ini memang sesuai untuk memusnahkan semua jenis halangan termasuk blok batu.

Perhatikan juga jika terdapat peti TNT ini, benda ini dapat membantu anda untuk memusnahkan khinzir dan juga halangan dengan senang. 


2. Jangan sesekali terburu-buru untuk menembak ke arah target. Pastikan anda telah menarik semaksimumnya lastik tersebut untuk membolehkan Angry Birds anda tersebut benar-benar menyerang dengan full power. Jika sudah yakin, apalagi tembak!
.

3.Ketiga, jika Angry Birds tersebut sudah berada di udara ketika catapult dilepaskan, klik mouse anda sekali lagi. Kali ini anda dapat memerhatikan bahawa Angry Birds yang berwarna merah akan menghantam sasaran dengan kekuatan penuh. Jika anda melakukannya dengan tepat pada sasaran, maka akan muncul suara melengking dari burung ini seperti caw,caw,caw. Jika kebetulan burung kecil berwarna biru yang ditembakkan, maka burung-burung tersebut akan bermultiplikasi menjadi 3 ekor sehingga sasaran musuh akan lebih banyak lagi yang terkena.

Setiap karakter Angry Birds mempunyai keupayaan masing-masing

4. Kalau anda gagal pada level-level tertentu, jangan putus asa, cuba lagi. Inilah rahsia disebalik game, iaitu melatih kita supaya bersabar. Ini bukan trik tapi nasihat. =D
Jadi, semoga anda semua dapat sesuatu daripada tips ini dan bersedia untuk memusnahkan kesemua kawanan khinzir hijau itu! Semoga berjaya.

Eh, ok ar, bye. Terima kasih kerana membaca~

No comments:

Post a Comment